RESEPI SIMPLE CREAM

RESEPI SIMPLE CREAM

  • 500g fresh cream
  • 1 sudu teh pewarna oil base(lkut la nak warna apa pun)
  • 1 sudu besar creamer(guna yg coffeemate punya creamer pun ok)
Cara:
  1. putar je semua sampai peak.. Sudah.. Siap Simpan dalam bekas. Masuk peti na…
  2. nak guna coating kek trus guna je. Kluar dari peti memang susah skit nk coating.tapi 10 minit dah boleh guna.. Elok dah nak lepa
💖Tips sikit..
  1. teacher memang buat banyak2 masuk chiller. Macam2 warna macam dalam gambar ni.. Nak masuk freezer pun boleh.. Lagi trhan lama berbulan
  2. pewarna tu wajib putar dgn fresh cream, creamer skali jalan
Cara teacher x boleh pi putar fc ng creamer je.. Pas tu ambik cream bubuh pewarna.. Oh cara teacher tak buat gini ya
Sebab?
 
  1. Sebab sat kalau asingkan pewarna tu cepat sangat cream tu cair. Senang crita mmg kena putar pewarna ng cream smua skli. Baru kaku elok cream tu.. Cantik je coating.
  2. Cara ni kan bila buat 2,3 ari awal akan buatkan warna lbih matang.. Warna tu kalau nak trang lagi bleh je masuk 2 sdt pwarn.. Syarat msti putar skli cream dan creamer ya😘
  3. Lepas tu kalau nak cream prisa coffee ke.. Cekelat ke sama je cara tu.. Cumanya pewarna tu tukar dgn 1 sudu besar coffee emulco. Sama cara.. Putar sbali jalan je.. Nak rasa kaw bubuh la 2sdb emulco.. Tak kira la pandan ke.. Coklat ke.. Coffee ke.. Janji putar skali jalan
  4. nanti msuk chiller 2,3 arl mmg trun macam cecair pewarna.. Jgn risau jz gaul je cecair tu k… Nak elok msuk tmpat beku la. Nak guma defrost je…
  5. nak guna cream dari chiller kacau sikit.. Sbb keluar dari peti mmg nmpk mcm tekstur aiskrim gitu.. Susah nak lepa..xsmooth..so gaul2 skit bagi ilang bintil2 tu baru cantik lepa ok
Mudah kerja… Then rsa lemak giteww…

DOUBLE CHOCOLATE COOKIES

DOUBLE CHOCOLATE COOKIES

  • 1 pek premix kek coklat

  • 160g buttercup(paling best guna unsalted butter)

  • 1 biji kuning telur

Cara:
  1. kacau butter sebati.
  2. masukkan kuning telur dan kacau sebati.
  3. masukkan premix kek coklat.
  4. uli jadi doh
  5. ambil dalam 1 sdt doh dan bulat kan
  6. tekan dengan garpu.
  7. bakar dalam suhu 150 dalam 15-20 minit

Coklat topping
-----------------------
100g coklat dark beryls

Cara:
  1. cairkan coklat guna kaedah Double boil. Siap
  2. Ambil coklat rice atau coklat dam. celup cookies dengan topping coklat dan letak atas coklat rice atau coklat dam. Siap
1 cookies bila celup coklat 2g..bila ltak coklat dam atas dalam 5g
 
Kos yg kita kira kurang lebih modal rm20 temasuk kos bekas
Jika 1 box letak 50 biji (jika jual rm20 pun dah untung)
2 box rm40
 
Rasa sangat sedap
Untung lagi rm20#
1 box premix kek coklat boleh buat kek coklat, boleh buat cookies kayangan ni

RED VELVET

RESEPI RED VELVET

  • 250g spongemix
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar pewarna merah bright
  • 2 sudu teh cuka masakan
  • 1 sudu besar ovelet
  • 50g susu segar
  • 50g minyak
  • 5 biji telur gred A(dari peti)
  1. masuk spongemix,telur,ovelet dan susu segar dalam bowl mixer
  2. putar speed sederhana selama 5 minit,stop dan ambik spatula kaup bhagian bawah supaya benar2 sebati
  3. terus putar ke high speed 15-20 minit.tutup mixer dan masukkan cuka,pewarna,serbuk koko..putar lagi high speed 10 minit..
  4. stop dan masukkan minyak dan kaup balik guna spatula hingga sebati.
  5. bOleh bahagikan pada 4 loyang kecil yang dilapik kertas minyak.
  6. boleh Bahagikan setiap loyang 150g-165g dan bakar hingga masak